helo reader awesome :)
selamat pagi semua ... ary nie wawa betol2 boring n xtahu nak uat ape pon .. da la kt kluang ujan je .. nak hang out pon tertunda .. so bile ade byk mase lebih ape lagi wawa g la stalker majalah kesukaan wawa .. opza la MAJALAH REMAJA :) bile da stalker2 ader plk terbaca pasal artikel ni
wawa juzt copypaste tok senang korg bace yek :)
Lelaki memang suka bercakap dengan menggunakan ayat yang ‘berbunga-bunga’. Adakalanya ia seakan memuji padahalnya ia memerli, ada juga ayatnya manis sebenarnya pahit. Jom ketahui maksud di sebalik ayat-ayat mereka dalam perhubungan.
1) KATANYA : “Semalam, keluarga saya ada bertanya pasal awak”
MAKNANYA : Si dia betul-betul serius dengan kamu!
2) KATANYA : “Kenapalah baru sekarang saya berkenalan dengan awak, kenapalah tidak dari dulu?”
MAKNANYA : Si dia memang mengagumi kamu dan kamu berjaya mencuri hatinya!
3) KATANYA : “Jangan risau lah, mak I memang macam tuh…”
MAKNANYA : Ada kemungkinan ibunya tidak menyukai kamu.
4) KATANYA : “Saya ni AGAK single!”
MAKNANYA : Si dia mungkin sudah berpunya tetapi si dia masih tertarik dengan kecantikanmu!
5) KATANYA : “Jom lepak sama-sama!”
MAKNANYA : Bukan senang untuk si dia mengajak seseorang lepak dengannya, tetapi jika dia mengajak kamu itu bermakna si dia sangat selesa denganmu.
6) KATANYA : “Jom date, saya jumpa awak kat Restoran terus okay ?”
MAKNANYA : Dia memang tidak berminat dengan kamu kerana si dia tidak bersungguh-sungguh dengan mu!
7) KATANYA : “Buat masa ni, saya masih tidak bersedia untuk gantikan tempatnya”
MAKNANYA : Dia benar-benar hanya mahu berkawan dengan mu, jadi jangan memaksanya!
8) KATANYA : “You memang seorang kawan yang baik!”
MAKNANYA : Nampaknya harapan kamu untuk menjadi kekasih hatinya sangat tipis! Kerana si dia benar-benar tak akan menjadikan mu pasangan hidupnya!
9) KATANYA : “Setakat nak lepak dengan kawan-kawan je pun, kenapa mesti nak kena pakai lawa-lawa?”
MAKNANYA : Dia cemburu dan takut kalau-kalau kamu di ngorat oleh orang lain.
10) KATANYA : “ I need space dalam hubungan kita!”
MAKNANYA : Selamat tinggal pada hubungan kamu dan si dia! Dia benar-benar sudah bosan dengan ikatan antara kamu berdua.
oppzz no 10 tu mmg amat SADIS sgt2 kn ??
kalu nak ketahui lebih lanjut just click SINI :)
ade betulnyer jugaq ni, huhu!
ReplyDelete