ASSALAMUALAIKUM & HELLOW GUYS ! what up ?? welcome to blog cik wawa . hopu u all enjoy bile masok blog wawa , sory kalu blog wawa tak brape nak owesome mcm korg :) nice to meet u all , LOVE GUYZ :D--->> SILA PINKAN ENTRY ANDA DI "TALK HERE" SEKIRANYA ANDA INGIN SAYA MEMFOLLOW ANDA SEMULA :) TQ BEST VIEW --> GOOGLE CROME

BUDAK AWESOME

Saturday 19 January 2013

Rambut Oh Rambut! Ketahui Mitos VS fakta

helo reader awesom :)

malam nie cik wawa nak share something dr web yg wawa singgah INI pasal rambut :)




1. Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang.
MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikula sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yang telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.

2. Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh.
MITOS - kamu sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya kamu rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.

3. Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.
MITOS - fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kutikula apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah.

4. Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.
FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

5. Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.
MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang kamu gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.

6. Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut.
FAKTA - apa yang kamu makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut kamu tumbuh lebih sihat dan bersinar.

7. Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan.
FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. Situasi ini terjadi apabila kamu sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Apolecia memang boleh mengakibatkan kebotakan.

sumber:WEB

TERIMA KASIH DAUN KELADI , ADA ENTRY BAIK SAYA POST LAGI :D

3 comments:

  1. No 2 yang fie selalu percaya. haha. memang tak akan tidur lah selagi rambut tak kering takut berbau lepas tu tumbuh kulat ke.

    ReplyDelete

dah baca ?? apa komen korang dengan entry cik wawa ni ?? menarik atau tidak ??
komen pandangan menarik untuk wawa ubah menjadi yang lagi baik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LIMITED EDITION BY CIK WAWA