status fb aflin shauki
Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia. Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya samaada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg di jaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengannya. Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi. Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah. Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.
ok serius nie mmg menusuk kalbu aq :'( kalu aq diberi pluang nak prgi sane , tgok kehidupan ank2 keci serius aq mmg nak sgt pg , aq nak bia aq nie sedar yg msih ade lg orang yg ssh dr aq ... sepatutnya budak2 kt sane diberi peluang tok belajar sbb dyorang still muda tp dyorang kt sane umo masih muda tp terpakse belajar mempertahan kan diri ... trpakse pegang senjata ... kadang2 meraka ku takut dengan banyak2 sendiri semata2 nak meraka selamat tp aq kt sini still lg enjoiii .. so now aq arap kita pegang prinsip ADA MATA LIHAT ADA TELINGA DENGAR dengan stituasi yang berada dikeliling kita ... kita sepatutnye sedar dr sekarang sebenarnya tanda-tanda kiamat mual berlaku ... cube korang pk skrg mcm2 da jdi kan ?? dunia da semakin porak peranda .. saudara seislam kita ditindas tp kt malaysia orang islam sendiri yang menindas orang islam ... kenape boleh jadi mcm tu ?? semuanya sebab nak rebutkan kedudukan duniawi tp akhirat msg2 sebenarnya tiade tempat pun .. and thn paling yg aq ta suke dgn orang malaysia nie hanya still menunggu je bantuan dr orang lain tp orang2 gaza tak de pun nak memintakk ... dyorang msih rendah diri & still belajar berdikari walaupun dyorang dlm keadaan terdesak .. aq mmg tabik dgn dyorg :)
Masyaa allah belum pernah aku jumpa orang-orang seperti orang palestin. Peramah, sentiasa tersenyum sambil melontarkan 'Assalammualaikum' . Sentiasa melambai-lambai kepada kami apabila melihat kenderaan kami. Mereka bukan bangsa mintak sedekah. Kanak-kanaknya takde yg meminta-minta. Ada yg kami cuba bagi sesuatu tapi menolak. Bila kami terangkan yg ini adalah hadiah dari kami baru dia terima. Semalam dua orang kanak-kanak datang berdiri di tepi bas kami dan berkata "Welcome to Gaza! We love you!" dan ada kanak-kanak lain yg nampak kami melambai-lambai dan melaungkan 'welcome to Gaza'...so now aq da sedar , tak banyak sekurang2nye aq sedar yang mereka tu lagi mulia dr aq :')
sory aq ta dpt print screen cz ade mslh nan photoscape aq , so kalu nak leh jelas boleh like funpage aflin shauki
No comments:
Post a Comment
dah baca ?? apa komen korang dengan entry cik wawa ni ?? menarik atau tidak ??
komen pandangan menarik untuk wawa ubah menjadi yang lagi baik :)