ASSALAMUALAIKUM & HELLOW GUYS ! what up ?? welcome to blog cik wawa . hopu u all enjoy bile masok blog wawa , sory kalu blog wawa tak brape nak owesome mcm korg :) nice to meet u all , LOVE GUYZ :D--->> SILA PINKAN ENTRY ANDA DI "TALK HERE" SEKIRANYA ANDA INGIN SAYA MEMFOLLOW ANDA SEMULA :) TQ BEST VIEW --> GOOGLE CROME

BUDAK AWESOME

Saturday, 8 December 2012

ATASI keTAKUTan

bismilahirrahmanirrahim




Dalam diri setiap orang mesti ada perasaan takut .kadang2 perasaan takut yg berlebihan boleh merosakkan diri kita ... kalu kite trlalu tkt semua benda yg kita fikirkan akan sentiasa bermin difikiran kita smpai kita nak buat keja pun terganggu so ari nie wawa nak bg tips mcm mne nak atasi prasaan takut ... walaupun xdpt ilangkan 100 % prasaan tkt tu tp skurang2 nya ada gk caranya kan ??


1.berfikiran positif

99% perasaan takut yang dihadapi bukanlah disebabkan ianya realiti, ia hanyalah pemikiran sahaja. Fikiran yang selalu memikirkan mengenai kisah lampau, apa akan terjadi, kesan terhadap sesuatu yang dilakukan lebih banyak mendorong untuk berasa lebih takut. Disebabkan pemikiran inilah yang selalu menjadi penghalang untuk mencuba sesuatu yang baru, dan berkemungkinan jika cuba  dilakukan, dapat memberbaiki lagi kehidupan. Sebagai contoh yang boleh diberikan adalah sekiranya diberi peluang untuk mengendalikan sesuatu projek syarikat, tetapi berasa takut untuk mengendalikannya kerana kesalahan lampau yang dilakukan telah merugikan syarikat. Untuk mengawal perasaan takut, tidak perlu terlalu memikirkan kisah lampau yang telah dilakukan, sebaliknya terus fokus terhadap tugasan yang diberi dan cuba untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa mampu untuk melakukannya.


2.ketahui punca ketakutan
Mengapakah berasa takut?? Apakah puncanya?? Adakah perasaan takut akan memberikan manfaat atau sebaliknya?? Untuk mengawal perasaan takut, perlu tahu jawapan bagi persoalan di atas. Ini adalah untuk memfokuskan lebih kepada situasi atau keadaan dan bukannya perasaan takut yang dihadapi. Sekiranya terlalu memikirkan perasaan takut, ia tidak akan memberi apa-apa perubahan terhadap kehidupan. Nilai  sesuatu situasi itu, sekiranya ia tidak memberi apa-apa faedah, alihkan fokus kepada perkara lain. Tetapi sekiranya perasaan takut itu menjadi penghalang untuk menjadi lebih berjaya, jangan fokuskan kepada perasaan takut itu dan fokuskan kepada matlamat asal yang difikirkan.  Jangan sesekali biarkan perasaan takut mengawal keadaan sekirannya sesuatu keadaan itu memberi faedah kepada diri sendiri.

3.sealiran

Apabila anda berasa takut, anda mempunyai pilihan untuk menolak atau sealiran dengan perasaan takut itu. Hasil daripada kajian, seseorang yang berperasaan takut dan cuba mengabaikan, menyembunyikan atau menolak perasaan itu akan menambahkan lagi ketakutan yang sedang dihadapinya. Sebaliknya cara yang terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah sealiran dengan perasaan itu. Sealiran bermaksud seseorang itu tidak menolak terus perasaan takut yang dihadapi sebaliknya cuba menghilangkan perasaan itu berperingkat dengan cara mendapatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan tidak boleh dibina dalam sekelip mata dan ia perlu melalui satu proses. Hilangkan perasaan takut terhadap sesuatu situasi itu berdasarkan keyakinan yang telah dibina dan jangan sesekali menolak terus sesuatu perasaan takut itu kerana ia akan menambahkan lagi perasaan takut. 


4.kepercayaan

Kepercayaan terhadap diri sendiri adalah penawar untuk perasaan takut dan ianya amat penting kerana akan menyokong segala perkara yang dilakukan,  mengambil berat terhadap diri sendiri, dan untuk perkembangan atau evolusi di dalam kehidupan seseorang. Tiada kepercayaan terhadap diri sendiri bermakna tiada perubahan yang mampu dilakukan terhadap kehidupan. Sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan mempunyai sebab yang tersendiri. Seseorang manusia tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan ke atas risiko yang mereka ambil hari ini. Hanya berdasarkan kepercayaan terhadap diri sendiri sahaja yang mampu untuk mengawal perasaan takut. Risiko mempunyai keputusan yang berkemungkinan positif atau negatif. Seseorang tidak akan berjaya menghadapi risiko sekiranya tiada kepercayaan diletakkan dan membiarkan perasaan takut mengawal situasi. 

5.lakukan perkara yang anda takut

Sekiranya perkara yang anda takut untuk lakukan memberi faedah terhadap diri anda, anda seharusnya mencabar diri untuk melakukannya. Sekiranya ia memberikan keburukan haruslah sebaliknya. Sebagai contoh, anda terlalu takut untuk memberikan pendapat di khalayak ramai. Adakah ketakutan yang sedang dialami memberi faedah atau tidak?? Ketakutan yang sedang dialami hanya akan menyebabkan kehidupan terus menjadi mundur. Cara terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah dengan melakukan perkara yang ditakuti. Mungkin pada permulaan perasaan menjadi kurang stabil ketika bercakap dihadapan orang ramai. Tetapi sekiranya ia selalu dilakukan, ia akan menjadi perkara rutin dan tidak mempunyai masalah untuk dilakukan untuk situasi yang seterusnya. Ia akan tidak menjadi masalah untuk seseorang pada masa hadapan dan masalah lain akan muncul dan cuba tangani dengan cara yang sama. Selepas anda melawan sesuatu perasaan, anda akan berhadapan dengan cabaran yang lain pula. Begitulah perjalanan kehidupan bagi seseorang. 


sumber --> ATASI parasaan TAKUT  
TERIMA KASIH DAUN KELADI , ADA ENTRY BAIK SAYA POST LAGI :D

1 comment:

  1. Atasi ketakutan. Jangan biarkan ketakutan menawan diri!



    Penulis komen ialah admin laman web untuk tambahkan Facebook fanpage LIKE secara percuma!! Jom ramai-ramai sertai :)

    ReplyDelete

dah baca ?? apa komen korang dengan entry cik wawa ni ?? menarik atau tidak ??
komen pandangan menarik untuk wawa ubah menjadi yang lagi baik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
LIMITED EDITION BY CIK WAWA